Friday, July 29, 2022

BARU HABIS BELAJAR DAN TENGAH CARI KERJA?

 







Mana ada syarikat nak bagi RM5K sebulan kalau baru habis belajar aka fresh graduate ni. Dah ada degree pun, offer gaji RM2K je, mana nak cukup duk kat bandar ni. Nak bayar PTPTN lagi, sewa rumah, kos sara hidup lagi.. Dah tu, bila tengok kawan dah kerja 3,4 tahun pun gaji naik ciput je. Berapa lama nak kerja sebelum dapat RM5K sebulan?


Tapi boleh pulak Prudential ni offer RM5k sebulan untuk fresh grad, macam tak percaya!

Ye betul, ramai tak percaya bila Kak Lin bagitau fresh grad boleh start kerjaya kat Prudential dengan RM5K sebulan. Itu baru basic tau, belum campur lagi komisyen. Kalau korang jenis rajin, kerja kuat, boleh dapat bonus RM20K pulak tau.


Eh, biar betul.. Baru kerja dah boleh dapat bonus banyak tu?

Haa, ni betul2 bukan cobaan 😊. Slot terhad untuk 10 orang yang layak selepas sesi interview. kriteria untuk layak seperti kat bawah ni:

👉 Umur 23-30 tahun

👉 Minimum ijazah dalam apa jua bidang (kelebihan untuk marketing, business dan engineering)

👉Boleh bekerja seorang dan berkumpulan

👉Rajin dan mempunyai inisiatif sendiri

👉Tinggal di sekitar Lembah Kelang

👉Kesihatan yang baik

👉Mempunyai transport sendiri


Apa lagi korang boleh dapat selain basic, komisyen dan bonus?

💣 Skim latihan komprehensif daripada trainer berpengalaman

💣Mentoring 1 to 1 dengan leader yang lebih 10 tahun dalam industri

💣Sistem monitoring yang berkesan

💣Persekitaran kerja yang positif

💣Peluang kenaikan pangkat yang luas


Korang ada kriteria ni semua? Jangan lambat-lambat sebab slot ni sangat terhad, untuk 10 orang pertama yang layak je.


Terus klik link di bawah untuk sesi interview dan mulakan kerjaya korang kat Prudential dengan RM5K sebulan:

wasap.my/60136448832/freshgrad

wasap.my/60136448832/freshgrad




Tuesday, April 23, 2019

IIUM Mega Interview Day 2019

Bila kita nak menyampaikan sesuatu mesej, kita perlulah lakukan dengan bersungguh-sungguh. Kerana dalam bisnes ini, anda tidak diambil kerana anda perlu menjadi seorang pekerja, tetapi anda diambil sebagai seorang rakan kongsi.

Agak tertarik dengan profiling pelajar yang kami temui hari ini. Rata2nya melibatkan diri dalam bidang sukarelawan dan kebajikan (charity), yang juga salah satu nilai yang penting dalam bisnes ini kerana ada nilai compassion dan kindness yang sangat diperlukan dalam bidang ini.

Ok it’s a wrap for today! See you again IIUM ♥️

With love, gratefulness and abundance,
Lin Che Mat
Cahaya Takaful
Spiritual Leader
www.linchemat.com

Klik www.wasap.my/60136448832 jika anda orang yang mempunyai nilai compassion dan kindness, dan ingin menyebarkannya kepada seramai mungkin orang di luar sana dengan cahaya takaful.

Tuesday, January 29, 2019

Kenapa suami Suraya ambil takaful?


Assalamualaikum wbt,

Kenapa suami Suraya ambil hibah takaful?

Apa itu hibah takaful?
Bagaimana hibah takaful boleh membantu keluarga saya?
Adakah keluarga saya perlukan hibah takaful?

Fahami tentang bagaimana hibah takaful boleh digunakan untuk membantu anda dan keluarga melalui video ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Lin Che Mat
http://wasap/my/60136448832/sayanakhibahtakaful

Tuesday, January 15, 2019

AnugerahPlus: Review

Assalamualaikum,

Alhamdulillah PruBSN Takaful baru sahaja melancarkan produk terbarunya iaitu AnugerahPlus. Saya kongsikan di sini sedikit review berkenaan produk tersebut.

Video ini dibuat untuk memudahkan agent2 untuk memahami tentang features baru produk ini. Ia bukan mewakili pihak PruBSN Takaful sebaliknya adalah padangan peribadi saya.

Terima kasih. Semoga bermanfaat.

Lin Che Mat


Monday, January 7, 2019

Konsep Hibah Takaful dalam pengurusan harta pusaka

Assalamualaikum wbt,

Saya kongsikan sedikit tentang konsep hibah takaful yang membantu proses pengurusan harta pusaka.

Semoga bermanfaat.



Lin Che Mat
0136448832

Friday, October 19, 2018

Worried about something today? (Risau tentang sesuatu hari ini?)

Risau tentang sesuatu hari ini?



Semalam, saya mendapat panggilan drpd seseorang yg memberitahu bahawa dia sedang risaukan sesuatu. Apabila saya memintanya untuk tidak risau, ternyta dia buntu kerana dia tidak tahu bagaimana ingin keluar drpd “kepompong” risau.



Alhamdulillah dapat saya kongsikan sedikit tips untuknya, yang saya rasakan juga dapat membantu lebih ramai orang di luar sana yang mungkin pada ketika ini sedang merisaukan sesuatu.



Selamat menonton!











Thursday, May 17, 2018

Nak berniaga. Tapi takut?

Saya nak berniaga tapi saya takut.

Takut rugi.
Takut produk tak laku.
Takut banyak pakai modal.
Takut orang tak kenal produk saya.
Takut kena buat pinjaman bank.
Takut tak tahu macam mana nak jual.
Takut untung tak banyak.
Takut tak cerah masa depan.

Adakah ini yang sedang berlegar di fikiran anda? Lalu menyebabkan anda tidak mula untuk cuba berniaga? Ia menjadi semakin menakutkan apabila anda perlu fikirkannya seorang diri, tidak tahu nak bertanya kepada siapa?

Jangan risau, jika anda mengalami semua yang disenaraikan di atas, ia adalah simptom biasa untuk orang yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Kenapa saya katakan ia biasa?

Kerana saya juga mengalaminya pada tahun 2010. Saya tercari-cari perniagaan yang boleh saya ceburi dengan:

✅ sangat sangat minimum risiko rugi

✅ produk yang sentiasa “on demand”, bukan bermusim

✅ tidak mengeluarkan modal yang besar

✅ produk yang sudah dikenali ramai

✅ tidak perlu membuat mana-mana pinjaman dengan bank

✅ ada mentor tunjuk ajar cara untuk berniaga daripada A-Z

✅ untung ditentukan sendiri, “sky is the limit”.

Alhamdulillah saya ditemukan dengan perniagaan ini. Rasa macam tak percaya, ada juga perniagaan yang memenuhi kriteria-kriteria di atas. Dan paling penting perniagaan ini sah di sisi undang-undang, bukan skim tipu cepat kayap :D

Jom saya kongsikan dengan anda tentang peluang perniagaan ini. 

Hubungi saya secara whatsapp di:





Oh, saya tak maklumkan apa perniagaan yang saya maksudkan ya? Tidak lain dan tidak bukan adalah perniagaan takaful di Prudential bersama agensi Muqmeen Group. 

" Sekarang telah muncul satu perniagaan alaf baru yang canggih, yang tidak menggunakan modal tetapi mendapat keuntungan berlipat kali ganda iaiti dalam industri insurans /  takaful". Prof Diraja Ungku Aziz, petikan Mingguan Malaysia.


✅ setiap hari ada kelahiran bayi baru, orang baru kahwin, orang baru dapat anak - semuanya perlukan takaful! 

✅ Majalah Labur: Hanya 15% rakyat Malaysia ada takaful! Nampak tak besar lagi peluang yang ada?

✅ tidak mengeluarkan modal yang besar: modal tak sampai RM300!

✅ produk dan jenama yang sudah dikenali ramai: Prudential sudah berada di Malaysia lebih 90 tahun! 

✅ tidak perlu membuat mana-mana pinjaman dengan bank: RM300 tak ada bank nak bagi pinjam sikit sangat!

✅ ada mentor tunjuk ajar cara untuk berniaga daripada A-Z: sistem latihan dan coaching kami mampu mengubah anda daripada tidak tahu apa-apa kepada perunding takaful yang holistik, from zero to hero! 

✅ untung ditentukan sendiri, “sky is the limit”- komisyen 72 kali untuk satu jualan, bonus sehingga tiga tahun untuk jualan yang sama, trip travel ke luar negara, gajet-gajet terkini dan banyak lagi!

✅ upgrade kehidupan menjadi lebih seimbang: ada kelas agama, kelas mengaji, aktiviti outdoor seperti mendaki dan ATV fun ride, gala dinner, family outing, family day, aktiviti kebajikan dan banyak lagi!

Jangan lepaskan peluang yang amat menarik ini. HUBUNGI SEGERA:

👉whatsapp / call 0136448832 atau pm

👉whatsapp / call 0136448832 atau pm

👉whatsapp / call 0136448832 atau pm

atau tekan link whatsapp di bawah:













Dari juruanalisa saham kepada perunding takaful





Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya kongsikan sedikit tentang perjalanan saya menukar profesion daripada juruanalisa saham (equity analyst) kepada perunding takaful.

Alhamdulillah, kini setelah 8 tahun menceburi bidang ini, saya telah menjadi Unit Manager 1 di Prudential dan mempunyai team saya sendiri. Terlalu banyak pengalaman yang dikutip daripada perjalanan ini, dari segi kewangan, pengalaman mahupun kehidupan.

Daripada seorang anak, kepada seorang isteri dan kini seorang isteri, alhamdulillah saya membina kehidupan saya bersama Prudential dengan penuh kesyukuran. Terlalu ramai insan-insan yang membantu saya daripada saya tidak punya apa-apa sehingga hari ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan kalian.

Jika anda juga seperti saya suatu ketika dahulu- mencari perniagaan yang mempunyai modal sedikit tetapi model perniagaannya kukuh, jangan ragu-ragu lagi. Bukan sekadar perunding takaful tetapi anda sebenarnya boleh membina empayar anda sendiri di Prudential.

Mari saya kongsikan caranya!


Lin Che Mat
Whatsapp sekarang @ 0136448832





Thursday, November 2, 2017

Amanah terakhir buat Adi

Amanah terakhir buat Adi.

LCM: Encik, jemput baca medical card Prudential BSN (sambil tgn hulurkan flyers).
Adi: Ini berapa bayar ni?
LCM: Tengok umur dan pekerjaan, encik. Encik jemput duduk dulu, saya kirakan.
Adi: Ok bolehlah.
LCM: Lepas sy kira ni, dlm RM150 sebulan. Encik dpt manfaat ini, ini, itu, ini, itu.
Adi: Oklah, boleh lah tu.

Ini adalah antara perbualan awal saya dengan arwah client saya, Adi pd tahun 2011. Arwah lalu di hadapan booth di Jusco (skrg Aeon) Alpha Angle dan saya menghulurkan flyers pdnya. Alhamdulillah Allah bukakan hati arwah utk mengambil perlindungan pd hari itu juga.

Kemudian, arwah pernah dimasukkan ke Prince Court Medical Centre kerana denggi. Arwah juga telah memperkenalkan saya kepada adiknya Ili Syazwani Ab Razak utk mengambil perlindungan takaful. 

Saya juga pernah menghadiri majlis perkahwinan arwah di Kuantan. Setelah arwah berkahwin, dan kemudian dikurniakan anak, sy menyedari keperluan arwah sudah berubah. Namun arwah sangat sibuk menguruskan perniagaan kilang alat tulis keluarganya, sehingga tidak pernah lagi kami berjumpa selepas itu. Panggilan terakhir yg saya terima drpd arwah ialah arwah meminta saya reprint medical card.

Kemudian satu hari, ketika itu saya masih di office, adiknya menelefon saya dan mengkhabarkan bahawa "Abang dah tak de". Tenang suara adiknya (yes knowing her, i know she is a calm and rational person). Saya seperti hilang kata2, kerana saya sangat terkejut. Otak terus berfikir, berapa pampasan kematian arwah yang aku boleh claim utk bantu keluarganya?

Sejak hari itu, saya berurusan dgn adiknya utk segala dokumen yg diperlukan utk tuntutan kematian arwah. Alhamdulillah doktor yg mengumumkan kematian arwah juga sgt baik dan mudah utk berurusan. Ibu arwah juga sangat mbantu dlm memberikan maklumat yang diperlukan utk urusan tuntutan.

Pada hari saya menghantar dua keping cheque utk ibu dan ayah arwah, saya memandu bersendirian ke Kuantan. Dalam hati, sudah berbaur perasaan saya. Gembira kerana dpt melaksanakan amanah yg arwah berikan dan pada masa yang sama sedih kerana client saya yang amat senang berurusan ini sudah tiada lagi. Besar harapan saya pd waktu itu agar wang pampasan ini boleh membantu keluarganya.

Setiba di Kuantan, saya terus ke rumah ibu bapa arwah bersama sahabat saya Liyana Kamsuri dan disambut oleh adiknya dan ibunya. Perbualan kami byk berkisar tentang proses tuntutan harta pusaka, settlement dengan bank utk hutang yang ada, tentang kehidupan dan tentang keluarga kecil yg Adi tinggalkan. 

Akhirnya tiba masa utk saya serahkan cheque pampasan tersebut kepada ibunya. Saya meminta izin utk mengambil gambar sebagai bukti saya sudah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang arwah berikan. Tiba2 rasa sebak, sebab sudah tiada lagi apa2 urusan dunia saya dengan arwah. Semoga arwah Adi ditemptkan di kalangan org2 yang soleh, kerana arwah memang seorang yg dedikasi, patuh kpd ibu bapanya, suami dan bapa yg baik, abang yg bertanggungjawab dan sahabat yg menyenangkan.

Amanah terakhir buatku sudahku tunaikan, Adi. Terima kasih kerana menjadi sebahagian misi Make A Difference ini. 

Lin Che Mat
0136448832
--
Best Regards,
 
Noor Hazlin Che Mat
Wealth Planner for Prudential and Prudential BSN Takaful
Star Club Achiever
013.644.8832
 
~Everyone is precious and precious people should be protected. Are YOU?~

Saturday, December 31, 2016

Financial Intelligent Seminar



Tempah tiket anda sekarang di SINI.


Kadang kala kita terfikir, kenapa orang kaya jadi semakin kaya? Kenapa duit seolah-olah tertarik kepada mereka? Kenapa duit yang kita ada seolah-olah tak cukup-cukup walaupun dah dapat increment setiap tahun? Kenapa kita tak boleh uruskan kewangan kita dengan baik?

Jawapannya cuma dua, ILMU dan AMAL.

Mereka ada ilmu, dan amalkan.
Kita mungkin tak ada ilmu, kemudian tak tahu nak amalkan apa.
Atau kita ada ilmu, tapi tak tahu bagaimana nak amalkan.

Jadi,

atas kesedaran ini, kami akan mengadakan Financial Intelligent Seminar pada 27 Januari 2016 pada jam 8.30mlm di Prima Klang Avenue, Klang (berdekatan Aeon Bukit Raja).

Perkongsian ilmu yang hebat daripada mentor yang luar biasa, untuk membantu anda merubah kehidupan daripada biasa-biasa kepada luar biasa. Perkongsian daripada salah seorang usahawan berjaya yang menduduki hot seat di IMKK, di dalam seminar yang tidak pernah diadakan sebelum ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri seminar yang julung-julung kalinya diadakan secara PERCUMA untuk orang ramai. Tiada komitmen, tiada sebarang paksaan untuk membeli atau menjual apa-apa, hanya sekadar perkongsian untuk membantu orang ramai mencipta dan menguruskan kewangan dengan lebih di baik di masa-masa sukar ini.

Tempah tiket anda sekarang di SINI.





Thursday, February 4, 2016

Best ke jadi ejen Prudential BSN Takaful?


Bila sebut pasal best ke jadi ejen Prudential BSN Takaful ni, biar saya kongsikan struktur komisen dan bonus. 


Yang biasa orang tau, komisen dapat 6 tahun. Itu sahaja. Di sini saya akan kongsikan peluang pendapatan apa bila anda menceburi bidang ini.

Potensi income dalam masa setahun
Saya berikan contoh untuk:


  •  1 Bulan 4 minggu
  •  1 minggu 3 cases (3 org sign up- average di Prudential BSN Takaful)
  •  1 case RM 150 sebulan
  •  Commission 20% + 5% (production bonus)

Commission = 25% x 150 (premium sebulan) = RM 37.50 utk satu case. Kalau 10 cases = RM 375.
Bulan ke -1 = RM 375...sila rujuk rajah di atas.
Bulan ke -2 = RM 375 + RM375  = RM 750.

Bulan ke -3 = RM 750 + RM375 = RM1125 (assuming sama juga kita dapat 10 new cases setiap bulan)  
  
Begitulah seterusnya seperti di dalam rajah Potensi Income dalam masa setahun di atas.











Bonus



Untuk bonus pula, contohnya jika anda buat sales sebanyak 300,000 TPC (Total Production Credit). Kalau 13% daripada 300K berapa? Bonus sahaja RM 39,000

Tak termasuk commission bulanan anda trip melancong ke Luar Negara. Trip fully sponsored oleh Prudential, termasuk penginapan, tiket penerbangan, makan dan semua pakej di sana.


Belum lagi termasuk challenge bulanan seperti gadgets terkini seperti iPad, iPhone, Jam Ferrari, Pen Mont Blanc, dan lain-lain.

So, kesimpulannya, memang best jadi ejen Prudential BSN Takaful ni. Komisen dapat, bonus dapat, trip melancong dapat, latest gadgets dapat, dan paling best dapat banyak peluang untuk membantu orang sama ada melalui takaful atau dengan buat kerja-kerja kebajikan.

Dah tahu kan betapa best jadi ejen Prudential BSN Takaful? Ingin lebih maklumat untuk memulakan kerjaya sebagai ejen Prudential BSN Takaful?

Hubungi saya, di 0136448832 (Call/ SMS/ Whatsapp) - Lin




Friday, January 29, 2016

FIS 1 Testimoni





Assalamualaikum,



Nak tahu apa itu Financial Intelligent Seminar?



Haaa... ni first time seminar ni dibuat, tak pernah lagi sesiapa buat sebelum ni. So, saksikan apa kata testimoni2 tentang FIS ini.



Berminat nak tahu lebih lanjut? Boleh hubungi saya Lin, di 0136448832.

Thursday, January 14, 2016

Adakah anda tahu?

Adakah anda tahu Pantai Hospital Ipoh merupakan salah satu hospital panel Prudential BSN Takaful?

Hanya hospital yang terbaik utk clients Prudential BSN Takaful.

Pakar takaful berpengalaman,
Lin Che Mat
0136448832

Thursday, January 7, 2016

Boleh ke jadi ejen takaful?


Pernah tak rasa macam ni? Anda orang yang rajin, tetapi berada di dalam persekitaran yang salah? Gaji yang diperolehi tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan?


Ramai yang tahu sebagai ejen takaful, anda berhak menentukan berapa pendapatan yang anda layak dapat dengan usaha yang anda lakukan. Tiada had maksima dan 100% commission-based. 


Dan paling best, persekitaran kerja juga ceria dan saling bantu membantu. 


Tidak perlu risau jika anda tiada pengalaman membuat sales (jika ada pengalaman juga adalah baik) kerana latihan diberikan oleh ejen-ejen berpengalaman dan berjaya secara PERCUMA termasuk latihan di lapangan secara berkumpulan. 


Coaching dilakukan secara berterusan setiap minggu, bagi memastikan anda mencapai target anda dan seterusnya mencapai cita-cita anda.


KENAPA KAMI?
Agensi yang terbukti berjaya dengan memenangi pelbagai anugerah di Prudential dan juga dalam industri takaful. Merupakan 9 Million Dollar Agency pada tahun 2014 dan pemenang Top Recruiter 2014 oleh Malaysia Takaful Association. 


SMS butiran-butiran berikut kepada 013-6448832:
-nama,
-kelayakan akademik (minimum SPM)
-lokasi dan
-kenapa anda ingin menjadi sebahagian drpd kami.


Saya akan menghubungi anda dengan kadar segera kerana masa terus berjalan dan anda perlu segera mencapai cita-cita anda!

Wednesday, December 2, 2015

KUASA PILIHAN

KUASA PILIHAN

Suami wanita ini mungkin tidak mampu membelikan handphone beribu2 ringgit kepadanya, mungkin dia pun x pernah dapat pergi melancong ke mana2 pun seumur hidupnya, mungkin hidup mereka cuma kais pagi mkn pagi tanpa gaji tetap yg masuk ke akaunnya tiap2 bulan.

Tapi dgn berbekalkan cinta pada suaminya yg sakit, dia sanggup masuk marathon smpai berbaki ayam. Semata2 nak cari duit utk buat MRI Scan utk suaminya yg sakit.

Hospital kerajaan mempunyai kemudahan yang baik, malah ada yang kemudahannya lebih baik drpd hospital pakar swasta. Namun, bilangan pesakitnya ramai, dan mungkin dalam ramai2 tu, ada terselit orang2 yang latar belakang hidupnya sama seperti makcik ini.

Berilah peluang kpd mereka utk mendapatkan kemudahan kesihatan di hospital kerajaan. Mereka tak punya apa2, mereka tak ada pilihan lain. Berilah giliran kita kepada mereka, kerana kita ada pilihan. RM15 yang kita belanja utk makan sehari mungkin bersamaan dengan wang yang mereka punyai seminggu.

Kaji pilihan yg ada. Kita ada pilihan. Buatlah pilihan. Kuasa pilihan di tangan kita.

Dan sebaik2 manusia adalah yg mberi manfaat kepada org lain (HR Bukhari).


Lin Che Mat
0136448832


Sent from my Samsung device

Friday, October 16, 2015

Perbezaan antara rezeki yang berkat dan yang tidak

Assalamualaikum,

Pagi tadi, seperti biasa, untuk memulakan hari saya, saya mendengar CD Celik Hati Reset Minda oleh Prof Dr. Muhaya. Sebenarnya saya dapat CD ini percuma selepas melakukan Relex Smile dengan beliau pada awal tahun ini. Tetapi sejak hari itu apa yang boleh saya katakan ialah, ia bukan sahaja merubah pandangan mata saya yang boleh melihat tanpa memakai cermin mata tetapi juga telah dapat merubah cara saya melihat kehidupan. (saya recommend utk dgr cd ni ketika dlm kereta semasa memandu ke tmpat kerja sbb aura kita akan sangat positif utk memulakan hari kita, insya Allah!)

Beliau menyebut tentang perumpaan antara rezeki yang berkat dan yang tidak. Jadi, saya kongsikan di sini dalam bentuk lukisan. Lebih mudah untuk difahami insya Allah..


Rezeki yang berkat umpama air bersih yg banyak di dalam tangki. Apabila digunakan utk mandi dapat membersihkan badan, diminum dapat menyihatkan badan, dicium tidak menyakitkan deria bau.

Rezeki yang tidak berkat umpama air yang berisi bangkai tikus. Meskipun banyak, tetapi kotor. Jika diminum memudaratkan kesihatan, jika digunakan utk mandi membusukkan badan, apatah lagi jika dicium.

Elakkan menipu, memberi dan menerima rasuah, menggunakan harta pejabat untuk berbisnes, mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain. Kerana meskipun banyak habuannya, ia berbau bangkai tikus.

Wallahualam.

Pakar takaful berpengalaman,
Lin Che Mat
0136448832

Sent from my Samsung device

Thursday, October 15, 2015

3 tips untuk kekal sihat #misisihat

Minggu lepas, rasa teruja ternampak mesin penimbang berat di bilik kakak saya. Naik atas penimbang, terkejut nampak angka 6 kat depan. Nak ketawa ke, nak nangis nihh..

Maka, #misisihat pun dimulakan hari ini. Memandangkan saya mempunyai jadual yang agak fleksibel pada hari Selasa dan Khamis, maka jadual #misisihat di pilih pada pagi Selasa, Khamis dan Sabtu. Setiap sesi 20 minit, berlari atas threadmill yang dah lama meraung-raung supaya digunakan. Haha.

So dalam misi untuk kekal sihat, saya mulakan dengan melakukan tiga tips ini:

1. Cari sepasang kasut yg baik



2. Dengar lagu yg mberi motivasi (pasang kuat2 sebab kalau rasa nak give up boleh nyanyi sekali)



3. Mulakan bersenam!





Siapa bersama saya dalam #misisihat ini?

Ps: rasa-rasa nak buat pertandingan la untuk #misisihat ni.. apa hadiah yang best nak bagi ya?

Pakar takaful berpengalaman,
Lin Che Mat
013-6448832


Saturday, October 10, 2015

Mencari usahawan muda!!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah sekarang ini kita lihat, semakin ramai golongan muda yang berminat untuk menjalankan perniagaan. Macam saya semasa mula-mula terfikir nak berniaga dulu, saya search mcm2 jenia perniagaan di internet. Antara banyak2 tu, ada 2 jenis perniagaan yang saya finalisekan, sama ada nak jual kain batik sutera Terengganu secara online atau jadi ejen takaful.

Memandangkan simpanan pada waktu itu tidak banyak, dan saya memang tidak mahu memulakan perniagaan saya dengan membuat hutang dengan mana2 pihak, dan saya mahukan ada mentor yang boleh menunjuk ajar bagaimana untuk berniaga, saya akhirnya memilih untuk menceburi bidang takaful. Allah menemukan saya dengan blog yang ditulis oleh mentor saya, Abd Aziz Riadi, yang merupakan salah seorang speaker hotseat IMKK minggu lepas. Pada ketika itu, beliau masih baru bermula sebagai unit manager, tak glamer mcm skrg :p

Dipendekkan cerita, setelah bberapa kali menangguh pertemuan dengannya kerana kesibukan kerja saya pd waktu itu, akhirnya saya bertemu beliau dan menyatakan hasrat untuk menjadi seorang agent. The rest is history. Beliau membimbing saya daripada zero sehingga saya berada di mana saya hari ini. Syukur alhamdulillah, keputusan saya tepat dan tidak sekali kali saya akan berpaling ke belakang.

Setelah hampir lima tahun di dalam bidang ini, sekarang sudah tiba masanya untuk saya pula mencurahkan ilmu yang ada kepada bakal bakal usahawan muda di luar sana. Jika anda sedang terfikir untuk menjadi agent takaful seperti saya, ingin menambah pendapatan yang tiada had untuk membantu keluarga, mempunyai rasa ingin belajar yang tinggi, sukakan cabaran untuk menjadikan diri lebih baik drpd sebelum ini, mahukan perniagaan yang dibimbing secara one to one, hubungi saya, Lin Che Mat di 013-6448832. 

Saya sedang menunggu panggilan / sms daripada anda, yang tidak mahu menyesal di hari tua kerana takutkan cabaran di hari muda. Apa salahnya mencuba?

Pakar takaful berpengalaman,
Lin Che Mat
0136448832



Sent from my Samsung device

Thursday, September 10, 2015

Tips sedekah setiap hari

Assalamualaikum,

Pernah tak terfikir kita sebenarnya boleh bersedekah setiap hari? Saya kongsikan beberapa tips bersedekah yang boleh kita sama2 amalkan:

1. Bayarkan bil sarapan orang yang tengah makan time kita bayar makanan kita. Pilih satu meja. Kemudian, ckp kat cashier, yang anda juga membayar bil untuk orang di meja tersebut.

2. Bila pergi pasar malam, time beli nasi ayam atau nasi beriani (yang harganya fixed), beritahu penjual yang anda membayar utk satu atau dua lagi bungkus makanan yang sama. Pesan, "saya nak sedekah,", biasanya penjual akan faham bila kita sebut sedekah.

3. Nampak budak kecik duduk baik2 semasa mak/ ayahnya solat. Selepas mak/ayahnya selesai solat, minta kebenaran untuk bagi duit kepada anaknya sebab soleh/solehah menunggu sewaktu solat (amaran: penting minta kebenaran sbb kita tak mahu disalah erti sbg org jahat bagi duit kat budak2).

4. Semasa ke hospital, nampak orang berkerusi roda, pergi kepadanya terus dan hulurkan sedekah kepadanya. Cakap "Saya kagum dgn ksabaran encik/puan menghadapi musibah. Ini sedikit sumbangan ikhlas drpd saya, minta doakan saya juga setabah encik/puan bila diuji sebegini."

5. Bila ke tandas awam yang bersih, hulurkan wang kepada cleaner tandas sebagai tanda terima kasih kpd dia kerana memudahkan urusan kita. Percayalah, gaji cleaner tak sebesar mana nak di bandingkan dengan kesungguhannya memastikan tandas bersih dan selesa untuk kita.

6. On the way nak pergi tempat kerja, kalau kita bayar tol pakai cash, bayarkan sekali tol untuk kereta di belakang kita. Tak perlu fikir kereta apa orang tu pakai, yang penting niat kita nak bersedekah.

Berilah seikhlasnya kerana Allah swt. Kekayaan itu bukanlah kerana banyaknya harta yang kita milliki tetapi kekayaan yang sebenar adalah kekayaan jiwa.

Cubalah! Sedekahkan tips jika ia bermanfaat :)




Total Pageviews

Ads Inside Post