Thursday, May 28, 2015

Apa ada dalam sehari? 28/5/2015


This should summarize my day today.

1. Deliver cheque claim kpd client,
2. Jumpa Anies Munira my long-time-no-see-face2face childhood bestfren and her beautiful children,
3. Makan Boat Noodle yg diidam2kan and thank u Anis again for belanja
4. Jumpa nurse hospital government yg nak tukar servicing agent sbb agent lama dh berhenti
5. Dgr nurse hospital government sendiri ckp "Klu boleh mmg sy nak anak sy msuk private hospital. Sy ni mengandung kak, mcm mn nk jaga anak tidur sambil duduk je kat kerusi, dah tu satu bilik ptut 4 org tp tpaksa tmbh jd 6 so langsir xde. Klu katil sebelah2 tu ayah2 yg teman anak2, mana nak selesa kita ni nak tgk2kann anak kita.."
6. Dpt bekal bwk balik! Yay!!

#ilovemyclients
#ilovemyfriends
#ilovemyjob
#prubsntakaful
#sayapakartakaful
#nmbrsaya0136448832

Sent from my Samsung device

Tuesday, May 26, 2015

Kenapa pelan takaful perlu 5 in 1?

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Pernah tak terfikir betapa mudahnya jika kita mempunyai satu beg yang boleh memuatkan semua benda? Boleh letak purse, boleh letak tisu, boleh letak handphone, boleh letak ipad, boleh letak kunci kereta, boleh letak power bank, boleh letak makanan, boleh letak kasut spare, boleh letak barang make up, boleh letak first aid kit.





Tapi berapa besar beg kita nanti? Tak larat nak angkat pun kan. Kalau ada satu beg yang bukan sahaja boleh bawa semua tu tapi kecil dan mudah di bawa, kan mudah? Jadi bila perlu pakai duit, boleh keluarkan purse, bila cedera boleh keluarkan first aid kit, bila lapar boleh keluarkan makanan.




Itu yang saya cuba maksudkan dengan mempunyai perlindungan takaful 5 in 1, iaitu perlindungan yang lengkap dengan perlindungan melindungi 5 risiko kehidupan dalam satu pelan takaful. Apakah risiko yang dimaksudkan?

1. Risiko kematian pramatang
Apabila seseorang meninggal dunia dalam keadaan hutang yang masih belum habis di bayar, simpanan untuk keluarga masih tidak mencukupi, maka "pemergian" mereka boleh dikategorikan di bawah kematian pramatang, apatah lagi jika beliau merupakan ketua keluarga. Bagaimana dengan keluarga yang ditinggalkan dengan risiko tidak mampu lagi meneruskan gaya hidup sebelum ini, yang perlu meneruskan pembayaran hutang yang masih belum selesai?



2. Risiko kematian atau kecacatan akibat kemalangan
Setuju atau tidak, kemalangan adalah satu risiko yang paling susah untuk dielakkan? Kita mungkin sudah memandu dengan berhati-hati tetapi apabila ada orang lain yang menggunakan jalan raya untuk berlumba, maka kita yang berhati-hati ini mungkin juga menjadi mangsa. 
Selain itu, risiko kecacatan akibat kemalangan sama ada di tempat kerja, di jalan raya atau di mana-mana sahaja juga boleh menyebabkan kita kehilangan punca rezeki kita. Contohnya mekanik yang terputus kedua belah tangannya boleh menyebabkan beliau perlu mencari kerja lain yang tidak menggunakan tangan atau mengambil masa mempelajari memegang alatan membaiki dengan kaki.



3. Risiko Sakit Kritikal
Ramai yang tidak sedar akan hal ini, kerana mungkin tidak pernah mengalaminya sendiri atau melihat orang terdekat mengalaminya. Tahukah anda, tidak semua penyakit kritikal memerlukan kita dirawat setiap hari di wad? Contohnya buta atau kehilangan penglihatan kedua belah mata. Setelah menjalani pembedahan atau mendapatkan rawatan mata di wad, pesakit perlu menjalani kehidupan seperti biasa di rumah. Tetapi jika kita biasa bekerja menggunakan laptop untuk membuat laporan kewangan, bagaimana mungkin kita boleh lakukannya lagi kecuali kita mula belajar tulisan braille dan menaip dengan keyboard yang mempunyai huruf2 braille?




4. Risiko Kesihatan (bil hospital)
Saya kira ramai yang sedar akan keperluan mempunyai satu kad perubatan yang mampu membayar kos rawatan di hospital pakar swasta terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar, di mana hospital kerajaan yang disediakan biasanya tidak mencukupi untuk menampung bilangan pesakit dalam keadaan selesa. Risiko terpaksa berhutang semata-mata ingin membayar bil perubatan yang mahal, adalah satu risiko yang boleh dielakkan dengan mempunyai kad perubatan yang mencukupi.



5. Risiko Hidup Terlalu Lama
Ya betul, ia juga satu risiko. Terutamanya jika kita tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk menghadapi hari-hari tua yang masih juga memerlukan wang untuk mengurus diri, makan, pengangkutan, kesihatan (supplemen dan ubat2an) dan lain-lain.



Dengan mempunyai satu pelan takaful yang melindungi kesemua 5 risiko sekaligus, ia membantu anda untuk mengurus risiko dengan lebih baik. Ia juga lebih menjimatkan!

Inginkan penerangan lanjut? Boleh hubungi saya di 013-6448832 (SMS, Call, WA) atau emel di noorhazlinchemat@gmail.com.





Total Pageviews

Ads Inside Post