Friday, June 26, 2015

Pengembaraan RB diteruskan..

RUMAH 4
  Sebelum memasuki rumah ini, Makcik Bibah menceritakan serba sedikit tentang latar belakang penerima. “Ini rumah ibu tunggal, baru kematian suami dalam 20 hari dan anaknya ada 14 orang!”. Terkejut saya mendengarnya, tak boleh saya bayangkan bagaimana perasannya memikirkan untuk membesarkan anak2 bersendirian. Kami bergerak ke kawasan belakang rumah (rumah pusaka dibahagi dua) disambut seorang wanita btudung hitam dan di hati saya tertanya2 berapa umur kakak ni kerana nampaknya seperti masih muda. Rupanya umurnya sudah 39 tahun tetapi mungkin kerana selama ini dia cuma duduk di rumah, dia nampak lebih muda drpd usia sebenarnya. 
  Bertanya serba sedikit, kakak ini bercerita pada awalnya suaminya cuma batuk tetapi dalam masa sekejap sahaja kuman telah merebak ke jantung dan otak. Dalam masa 8 hari arwah suaminya koma dan seterusnya meninggal dunia. “Dia cuma batuk!”, ujarnya. Siapa sangka batuk itu penyebab arwah suaminya pergi utk selama-lamanya. 
  Setelah menyerahkan RB dan wang sumbangan, kami meminta diri utk beredar. Sambil2 itu saya berbual2 dengannya, dan saya mendapati tiba2 wajahnya yang dari tadi mengukir senyuman, tiba2 berubah. Matanya merah, bibirnya terketar2 menahan sedih. “Akak OK tak kak?”, tanya saya. Keningnya berkerut. Masakan dia OK, dia pasti tidak OK!



  Rasa bersalah menyelubungi diri. Saya memeluk dia erat2, dan terlerailah tangisannya yang mungkin ditahan daripada tadi. "Nak buat mcm mana ni...", rintihnya. Allahuakbar, saya boleh bayangkan betapa “lost” perasaan dia, tidak pernah bekerja dan kini tiba2 perlu berfikir bagaimana ingin menyara 14 orang anak. Sekali lagi rasa bersalah menyelubungi diri kerana tak mungkin sumbangan kecil kami dapat membantunya membina kehidupannya. Hanya pesanan dari saya, “Bersabar kak, akak mesti kuatkan semangat demi anak2 dan biarlah susah kita itu cuma di dunia kerana Jannah destinasi akhir kita”. Kami bertiga selaku wakil wanita hanya mampu, memegangnya, mengusapnya, dan menitiskan air mata kerana kami tahu kami tak mungkin boleh jadi sekuat wanita ini!



RUMAH 5
  Dari luar, nampak agak besar juga rumah kayu ini. Rupa2nya ia adalah rumah pusaka yang dibahagi 3, diduduki oleh 3 keluarga berbeza. Bergerak ke bahagian paling belakang rumah ini (dan rasanya ruang yang paling kecil drpd bahagian2 lain), seorang pakcik tua menjemput kami masuk. Wajahnya berkedut seribu, langkahnya perlahan tetapi masih kuat. Memasuki ruang rumah, ternampak di hujung mata kami, seorang lelaki yang kurus, badannya lemah, sedang berbaring di atas sebuah katil. Terdapat lubang tebukan di lehernya, dan plastik berisi air kencing di sisi katilnya. 


  Rupa2nya, pakcik yang berusia 70an ini menjaga anak bujangnya yang berumur 43 tahun yang telah terlantar selama beberapa tahun akibat kemalangan jalan raya. Motornya dilanggar oleh kereta dan sejak itu, anaknya telah menjalani beberapa pembedahan, koma, sedar kembali, tetapi sudah tidak boleh bergerak. Berkaca mata si ayah bercerita tentang anaknya dan terpancar kasihnya seorang ayah pada anaknya yang tak mungkin berbelah bahagi. 


  Pakcik ini bercerita, setiap 3 jam anaknya perlu diberikan susu khas, dan ini termasuk di waktu malam. Jadi, apa pakcik tua ini lakukan ialah mengunci jam utk setiap 3 jam, dan inilah rutinnya sejak anaknya kemalangan sehingga sekarang. Allahuakbar, dengan kudrat yang sedikit, dia yang melakukan semuanya untuk anaknya! Mengalir air matanya bercerita, mungkin kerana memikirkan kudratnya yang semakin tiada dan anaknya yang tidak ada siapa untuk dijaga sebaik dirinya. Hanya Allah sahaja yang mengerti isi hatinya..
  Rasa kasihan melihat pakcik ini, hanya Allah sahaja yang tahu. Sampai bila dia akan mampu menjaga anaknya ini. Ibu bapa mana yang menyangka anak yang sepatutnya menjaganya ketika di usia tua, tetapi berlaku sebaliknya. Sampai bila kudrat tuanya akan mampu menampung kehidupan anaknya yang terlantar ini. Pelbagai persoalan bermain di fikiran, yang jawapannya tidak mungkin saya temui. Hanya doa sahaja yang mampu saya berikan, kerana pasti Allah sudah punya perancanganNya yang tidak diketahui oleh hambaNya..

RUMAH 6

  Kehadiran kami ke rumah ini disambut oleh seorang nenek tua yang sedang duduk di luar rumahnya, mungkin juga sudah menjangka kehadiran kami. Nenek ini menjaga 6 orang cucunya (berumur 16 tahun- 7 tahun) yang merupakan anak yatim akibat kehilangan ayah (anak nenek ini) akibat sakit buah pinggang. Ibu anak2 ini tinggal di rumah ibu bapanya di kampung yang sama dan akan datang menjenguk anak2 ini di waktu petang. 
  Di tanya tentang umurnya, terukir senyumannya mengakui dia sudah berumur 78 tahun. Bercerita tentang anaknya yang meninggal dunia, katanya, semasa sakit, anaknya yang sulung (ada bersama ketika kami mengunjunginya) yang menjaga adiknya itu. Anak sulungnya juga yang akan datang memasak untuk anak2 saudaranya setiap hari. Alhamdulillah, dalam kepayahannya, Allah memberikan anak yang solehah untuknya. Kalau kita, agak2 boleh tak jadi macam anak sulungnya itu?
  Di sebalik wajah ceria nenek ini, apabila saya menyerahkan wang sumbangan dan RB, tiba2 dia mencapai sapu tangan yang disimpan di dalam bajunya, mengusap air matanya yang mengalir laju. 


  Sungguh, saya tak menyangka nenek ini akan menangis! Hati seperti dirobek2 melihat air matanya, yang saya pasti menyimpan seribu satu cerita yang mungkin sukar utknya luahkan kepada kami yang baru pertama kali mengunjunginya. 
Berat hati ingin pergi meninggalkan nenek ini dan cucu2nya. Bagaimana dia mengharungi hari2 mendatang tanpa pendapatan tetap, memikul tanggungjawab besar utk mendidik cucu-cucunya, membawa dirinya yang semakin tua, semua persoalan ini berlegar2 tanpa ada jawapan..

RUMAH 7

  Destinasi RB terakhir. Kami memandu ke stesen komuter shah alam, mengekori di belakang kereta sahabat saya yang menyimpan nmbor telefon penerima RB ke-7 ini. Kami mengambil seorang wanita bertudung dan berjubah hitam di tepi stesen tersebut dan memandu ke kawasan flat di Kota Kemuning. Sesampai di rumahnya yang tersusun bersih, kami diberitahu dia berada di stesen komuter tadi sedang menjual kuih dan menggunakan motorsikal kawannya yang dipinjam. Suaminya meninggal dunia semasa menunggang motorsikal bersama adik iparnya, jadi sekarang kakak ini dan adiknya bersama anak2 mereka tinggal bersama di rumah kecil itu. Sudah biasa katanya anak2 ditinggal bersendirian di rumah kerana mereka terpaksa mencari pendapatan dengan menjual kuih secara kecil2an, menaiki komuter ke sana sini demi menghantar sendiri kuih yang dipesan. Yang mengagumkan saya, kakak ini nampak sangat tabah dan tidak berhenti mengukir senyumannya. Jelas terlihat ketabahannya di sebalik kesusahannya, masya Allah..


     Alhamdulillah, selesai menyampaikan 7 Ramadhan Box kepada keluarga2 yang memerlukan. Sedih juga kerana hanya ini yang mampu kami bantu.. Sekiranya anda mengenal sesiapa yang boleh menolong mereka dengan bantuan tetap, boleh hubungi saya untuk mendapatkan alamat2 mereka. Semoga Allah merahmati usaha anda semua, jazakumullahukhaira. Kepada penerima2 RB, semoga Allah mengurniakan segala kebaikan kepada anda kerana bersabar atas dugaan yang Allah berikan. Tidak mungkin kalian tidak mampu menghadapinya kerana Allah itu Maha Adil, Dia cuma akan memberikan dugaan setara dengan kemampuan hambaNya.

     Kepada semua pihak yang terlibat dengan RB secara langsung atau tidak langsung- antaranya Syed Azmi (kerana berkongsi idea tentang RB), komitee MCC (Imran, Azita, Yana, Nurul, Esyatees, Asiah, Bazli, Khafiz, Lokman, Siti, Wani dan Kamal), pembeli-pembeli (penderma-penderma) kupon RB, semua ejen di bawah Muqmeen Group Klang, Ustaz Hizam, kakak yang jual kotak di Nationwide, - JAZAKUMULLAHUKHAIRA! Semoga kita semua berjumpa di Jannah, insya Allah







No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Ads Inside Post