Wednesday, June 24, 2015

Cita-cita saya masa kecik nak tolong makcik berbaju hitam..

Kecil2 dulu, saya selalu bercita-cita ingin menjadi wakil rakyat. Walaupun tidak mengetahui sepenuhnya tugas seorang wakil rakyat, saya selalu berasa kasihan melihat orang2 yang dtg ke rumah menemui bapa saya. Bapa saya bukanlah seorang wakil rakyat, tetapi mungkin pada ketika kami mula2 pindah ke kampung pada waktu itu, beliau adalah seorang pengarah di sebuah yayasan negeri. Jadi, boleh dikatakan setiap minggu pasti ada orang yg menekan loceng rumah kami dan meminta untuk berjumpa dengannya. Dan saya selalunya menjadi penyambut mereka kerana saya masih kecil, tak perlu bertudung untuk membuka pintu rumah (kurang masa perlu bersiap cari tudung, cari baju lengan panjang). Saya sering mencuri dengar perbualan mereka bersama ayah saya. Biasanya yang datang itu adalah orang yg berlainan, di atas pelbagai sebab, tetapi tujuannya satu: meminta bantuan kewangan. Minta bantuan anak nak masuk sekolah, anak dapat masuk universiti, mak sakit, rumah rosak, atap rumah bocor dan macam2 lagi.




Pernah satu hari, seorang wanita bpakaian serba hitam, menggendong anak kecil di tangannya dan memimpin tangan seorang lagi anaknya yang masih kecil juga di tengah terik matahari datang ketika ayah saya tiada. Saya perhatikan, ibu saya memanggilnya masuk dan memberi makanan kepadanya. Masih segar di ingatan, si ibu cuma menggigit kecil roti yang diberikan dan memberi selebihnya kepada anaknya. Dia meneguk air dari cawan seolah-olah sudah terlalu lama tidak minum. Hanya Allah yang tahu perasaan saya sebagai anak kecil, betapa saya sangat kasihan namun tak berdaya membuat apa-apa. Atas sebab itu, saya berazam untuk menjadi wakil rakyat kerana pada pandangan saya, seorang wakil rakyat pasti boleh menolong orang sebegini.

Namun, masa beredar, dan semasa di sekolah menengah saya bercita-cita ingin menjadi pakar motivasi (sampai masuk kelab pembimbing rakan sebaya!) tapi akhirnya saya memasuki universiti dengan cita-cita yang telah berubah sama sekali, iaitu untuk menjadi seorang aktuari (sebab saya sangat sukakan Matematik Tambahan dan mempunyai persepsi pakar motivasi nak cari makan macam mana.. hehe). 




Sungguh pun begitu, keiinginan untuk membantu orang ramai masih utuh kerana saya tidak mungkin boleh melupakan peristiwa si ibu bersama dua anak kecil yang saya lihat di waktu kecil dahulu. Dan atas dasar itu juga sebenarnya, saya tidak menjadi seorang aktuari dan memilih untuk menjadi ejen takaful sepenuh masa kerana saya percaya saya dengan memberi khidmat nasihat tentang takaful, saya boleh membantu mengelakkan wanita-wanita dan anak-anak kecil di luar sana mengalami nasib seperti ibu dan dua anak kecil itu.

Kira-kira pada bulan lepas, sedang saya melayari facebook, mencari-cari jika ada rumah anak yatim yang memerlukan bantuan (sedang berfikir tentang projek bulan puasa di ejensi kami), saya terpandang status yang dikongsi oleh rakan saya tentang Ramadhan Box. Hati terus terdetik, kalaulah Ramadhan Box ini boleh dibuat sendiri, alangkah baiknya! Ramadhan Box (RB) ini ideanya ialah untuk meletakkan bekalan mknn asas untuk sebulan di dalam sebuah kotak dan menghantarnya kepada keluarga-keluarga yang memerlukan. Tanpa berfikir dua kali, saya mengutarakan cadangan kepada komitee MCC (Muqmeen Community Club atau seperti kelab sukan&rekreasi di pejabat2), dan alhamdulillah, mereka semua komited untuk menjayakan RB. 




Bersemangatnya saya pada ketika itu hanya Allah sahaja yg tahu! Sampai saya cuma tidur 4 jam semata2 ingin menyiapkan video tentang RB utk dipertontonkan kepada kawan2 yang lain supaya mereka juga sama-sama bsemangat seperti kami (tapi akhirnya saya cuma membuat slide presentation kerana kesuntukan masa dan kekurangan gambar yang sesuai).



Alhamdulillah, kawan2 yang menyertai komitee MCC juga bersemangat seperti saya. Kami btungkus lumus memikirkan idea mngutip dana melalui penjualan kupon, kemudian mencari keluarga2 yang memerlukan di sekolah sekitar Klang, menghubungi semua clients kami mempromosi tentang RB, memilih dan membeli barangan RB. Dan kami semua menjalankannya atas dasar sukarela, sehingga ada kalanya terpaksa menunda appointments kerana komited menghadiri meeting MCC demi untuk menjayakan projek RB ini. “If you have great idea, get yourself a great team, it will make the idea become a reality”. Syukur, akhirnya segala penat kami berakhir pada 20 Jun 2015 yang lepas, di mana kami telah menjalankan “RB Distribution Day”. Pelbagai kisah dan latar belakang penerima, yang pastinya telah mengusik hati kecil kami dan membuat kami terfikir, betapa ramainya orang di luar sana yg kisahnya persis drama tetapi ianya adalah kisah benar..

Antara penerima RB. Nantikan kisahnya dalam posting seterusnya!

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Ads Inside Post