Thursday, May 26, 2011

Lari laju-laju!!!


Hari ni memang menguji kesabaran dan kebijaksanaan betul.. Petang tadi setelah menyelesaikan urusan saya di sebuah bank, saya telah di"approach" oleh seorang mamat yang berbaju kemeja. Dia bertanya, "Kak, dah makan kak?". Oleh kerana saya memahami kesusahan dan kesukaran orang yang membuat sales (sebab saya juga selalu ke booth sebagai salah satu platform untuk kerja saya), saya menjawab dengan sopan"dah..". Ye lah, orang tanya, jawab je la kan, bukan kena bayar pun :P.


Dia bertanya, "Kak, dah makan kak?". Saya menjawab dengan sopan, "dah..".

Kemudian dia mengatakan dia sekarang sedang mengadakan promosi untuk baucer shopping dan menunjukkan sekeping baucer Jusco di tangannya. Saya ingatkan dia buat promotion bagi pihak Jusco, jadi saya pun berhentilah dan bersedia mendengar apa penerangan dia yang seterusnya. Dia memberikan saya sekeping sampul yang tertulis "cin cong ceng cong cin ceng" di depannya dan meminta saya membuka sampul tersebut untuk melihat apakah baucer yang telah saya menangi. ("cin cong ceng cong cin ceng" tu sebab tulisan bahasa cina, saya tak pandai baca, heheh).

Sambil saya membuka sampul tersebut, dia pun tanya la saya sama ada saya ada tengok NTV7 tak malam tadi sebab promotion tu masuk NTV7. Saya cakap saya tak tengok dan dia tak semena-mena bercakap dengan suara yang kuat, "Apaaaa?? Kakak tarak tengok ka?? Kakak ni makan dan tengok kartun saja ka??".


Sebenarnya NTV7 tak ada kaitan dalam ini cerita..

Saya sabar lagi, walaupun saya tak faham apa kaitannya saya tak tengok NTV7 dengan saya makan dan tengok kartun? Bukan ada berpuluh-puluh lagi channel kat tv dan bukan ke banyak lagi benda saya boleh buat selain tengok tv? Isy, tak faham..

Setelah bersusah payah akhirnya saya berjaya buka sampul tu.Tiba-tiba mamat tu excited dan cakap "Kakak, ini special punya! Bukan semua orang itu boleh dapat ini!". Saya pun tanyalah "Apa yang specialnya? Apa yang menang?" sebab dalam sampul tu cuma tulis "SPECIAL OFFER". Dia cakap, "Kakak ini boleh dapat macam-macam oo, saya suka la untuk kakak sebab tak ramai yang boleh dapat ini punya. Ada 280 orang sahaja yang boleh menang ini oo. Dalam NTV7 malam tadi ada cakap, kakak tak tengok ka?".

Saya dah mula rasa meluat. "You ni mau tanya berapa kali saya tengok itu NTV7? Tadi sudah tanya, ini tanya lagi..". Lepas tu, dia cakap "Kakak, ini kita tengah cakap tengah-tengah panas oo. Kita pergi dekat kakak punya keretalah!".

Saya pelik lagi. Dalam hati dah tertanya-tanya kenapa pulak dia ni nak pergi kat kereta saya? Apesal tak ajak pergi kaki lima saja? Apa kaitan kereta saya dalam ini cerita? Haa, pelik kan? Menang hadiah, tapi nak bercakap dengan saya dekat kereta saya? Kalau jual pengilat kereta ke, baru lah ada logiknya nak bercakap dekat kereta saya kan?

Pengilat kereta ini juga tiada kena mengena dalam ini cerita..

Kemudian, setelah saya menolak pelawaannya berkali-kali untuk pergi ke kereta saya, saya tanya soalan cepu emas yang saya rasa dia nanti-nantikan keluar daripada mulut saya "Sebenarnya saya menang apa?".

Maka, keluarlah temberangnya yang sama seperti yang kita pernah baca dalam surat-surat khabar, pernah tengok dalam tv, pernah baca dalam internet.. "Kakak ini menang hadiah, tapi kakak kena buat cabutan dulu.. Mungkin boleh menang tv plasma, mungkin boleh menang laptop, macam-macam lagi..". Saya pun try test lah soalan standard yang orang pernah kena tipu dengan skim macam ni biasa tanya, "Habis tu, macam mana nak tau nak menang apa? Mana mau ambik hadiah saya?"

"Kakak..", mamat tu cakap.. "Kakak tau itu Kompleks Mutiara Jalan Ipoh tak? Kakak bawak Danny naik itu kereta kakak, oh nama saya Danny, pergi ke Kompleks Mutiara tu, kemudian kakak boleh ambik hadiah kat situ..". Saya pun bagi ayat pembunuh, "Isy, tak pe lah. Saya pergi ambik sendiri. Apa nama company you? Aik, kat kertas ni tak ada pun nama company you!!".

Si mamat mengaku Danny ni pun jawab, " Tak boleh pergi sendiri, kakak kena bawak Danny sebab ofis sana tak ada orang, Danny saja boleh bukak!". Sah, memang sah! Ini sah macam peraduan gores dan menang yang dah menipu ramai orang tu. Tapi dia dah tukar taktik jadik "Buka sampul dan menang"!


Kompleks Mutiara yang dikatakan tempat untuk saya ambil hadiah saya. Saya rasa mungkin sindiket ini ada menyewa di sini untuk mengaburi mata orang yang tertipu yang datang untuk ambil "hadiah" yang dijanjikan.

Dengan perasaan malu sebab sudah hampir termasuk jerat (yelah, sebab suara dia kuat macam halilintar so saya rasa orang ramai seperti tengah perhatikan saya dan berkata "isy kesian budak tu, dah nak kena tipu la tu") , saya pun cakap, "Tak pe lah, dari tadi you cakap saya tak faham, sekejap baucer, sekejap tv pulak, sekejap lagi lain pulak, saya tak maulah you punya hadiah," sambil lari ke kereta selaju mungkin (laju tu sebenarnya cuak sebab dia tetap kejar saya ke kereta).


Si Danny tu try lagi cucuk angin, dia cakap "Kakak, ini hadiah special! Ada sikit saja orang boleh menang! Kakak tak mau ka?????" sambil menjengil-jengilkan bijik mata. Saya jawab "Tak apa lah!", buka pintu kereta, tutup, kunci (kepada kaum wanita di sana, ingat! kunci dulu pintu sebelum start enjin kereta ye!) dan terus capai handphone buat-buat call orang. Dia masih melukut di tepian kereta saya sambil membuat muka tak percaya sebab saya baru sahaja menolak satu tawaran yang sangat hebat. Kemudian, alhamdulillah lepas saya pus sana, pus sini sikit, dia pun berlalu mencari mangsa lain..

Sebelum ni banyak kali kita dengar cerita kan tentang orang yang tertipu dengan skim macam ni. Mula-mula suruh gores ke, bukak sampul ke, lepas tu, cakap menang hadiah. Lepas dah menang hadiah, kena pergi tuntut di ofis mereka. Tau-tau je, dah kena tipu ribu ribu lemon sebab dia suruh bayar dulu untuk dapatkan hadiah yang lebih besar. Akhirnya, hadiah tak dapat, duit habis, ofis orang tu pun tup-tup dah hilang dalam masa 1 malam je..



Cuma saya pelik kenapa orang boleh tertipu dengan begitu mudah? Bukan ke tak logik nak menang hadiah tapi kena ambik dengan orang tu saja? Bukan ke tak masuk akal nama company pun tak boleh bagi? Bukan ke ajaib anda begitu bertuah dapat menang hadiah tetapi anda perlu membayar dulu?

Yang sedihnya, saya perhatikan tadi memang target dia orang melayu saje. Mudah sangat ke orang kita kena tipu? Banyak sangat ke duit sampai boleh bagi ribu ribu lemon kepada orang seperti itu tetapi membayar RM150 sebulan terlalu berat untuk sebuah perlindungan takaful komprehensif yang sah-sah halal, dan tidak menyalahi undang-undang serta diiktiraf oleh Bank Negara?

Ps: semaklah dulu jika kita ditawarkan hadiah yang bunyinya "too good to be true", sebabnya, mana ada orang nak berniaga tapi bagi kita yang untung.. pertama sekali, check jika syarikat berdaftar atau tidak. jika nama syarikat pun tak boleh bagi, itukan terang-terangan menipu namanya. kedua, tanya soalan ini - kenapa syarikat you tak bungkus lagi sebab cara you beroperasi macam tak boleh buat untung pun? ketiga, tolong bagi alamat lengkap ofis you, biar saya buat semakan dulu. cukup tanya tiga soalan ni, kalau jawapan yang diberi tak masuk akal, apa lagi lari laju-laju masuk kereta la! :D



No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Ads Inside Post