Saturday, May 21, 2011

Hangat-hangat air teh..

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya rasa eloklah jika saya mengingatkan kita semua yang sudah mempunyai mana-mana polisi insurans atau takaful.. Janganlah jadi seperti hangat-hangat air teh.. Mula-mula hangat, kemudian bertukar menjadi sejuk..



Sebenarnya mempunyai insurans atau takaful merupakan satu komitmen jangka panjang untuk melindungi diri kita dan keluarga daripada sebarang musibah yang tidak dapat disangka.. Sayangnya, kadang-kadang ada antara kita yang sudah pun membuat keputusan bijak untuk memiliki insurans atau takaful tetapi kemudiannya mengambil keputusan ke belakang dengan tidak terus membayar caruman takaful tersebut seterusnya menyebabkan polisi itu lapsed..

Kenapa? Banyak jawapan yang telah saya dengar, ada kalanya memang betul-betul tidak dapat dielakkan.. Tetapi sayangnya banyak jawapan yang diberi itu lebih kepada alasan semata-mata atau perancangan kewangan yang kurang baik. Antara alasan yang pernah saya dengar ialah "Saya dan isteri ada 4 buah kereta, kami tak cukup duit untuk bayar insurans lagi", "Saya nak tambah pinjaman untuk ASB, sebab lebih menguntungkan daripada ambil insurans", "Suami suruh berhenti sebab dia suruh simpan je duit tu dalam bank..".

Atas alasan-alasan sebeginilah, banyak polisi menjadi lapsed dan akhirnya apabila sampai waktu mereka benar-benar dalam kesusahan, baru mereka sedar kesilapan mereka.. Oh ye, kalau polisi dah lapsed dan kita nak claim daripada syarikat insurans atau takaful time tu, maaflah, nasik sudah menjadi bubur..



Jadi, kalau anda sudah mempunyai mana-mana polisi, jangan jadi seperti air teh.. Mula-mula dapat polisi, bersemangat nak bayar.. Lepas dua tiga bulan, setahun dua, jadi sejuk dan mula lupa apa sebab insurans di ambil.. Mula rasa "alah, tak ada apa-apa pun jadi sepanjang aku ambil insurans ni..". Kerana malang tak berbau dan kita hanyalah makhlukNya yang tidak mungkin dapat meramal masa depan..

Ps: Besar manfaatnya air teh time hangat.. Boleh hilangkan angin.. Tapi bila teh dah jadi sejuk, boleh masuk angin pula..









No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Ads Inside Post