PruBSN Anggun


Pelan lengkap dan menyeluruh yang direka eksklusif untuk wanita pada setiap peringkat hidup di mana ia memberikan perlindungan khusus wanita termasuk sokongan untuk penyakit mental dan rawatan kesuburan yang pertama di pasaran melalui rider Mom Care.


Pelancaran pelan PruBSN Anggun ini adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-15 PruBSN di mana pelan ini disasarkan khusus untuk memenuhi keperluan para wanita pada peringkat hidup yang berbeza. Pelan ini tampil dengan ciri pertama di pasaran melalui manfaat tambahan atau rider Mom Care yang menawarkan perlindungan rawatan kesuburan. PruBSN Anggun adalah pelan perlindungan menyeluruh yang menawarkan pelbagai manfaat menarik termasuk perlindungan terhadap penyakit khusus wanita, penjagaan kesihatan mental yang komprehensif, kesihatan dan kesejahteraan wanita, serta ganjaran tunai untuk meraikan pencapaian dan kejayaan dalam kehidupan mereka.

SEKILAS MANFAAT

1. Eksklusif untuk Wanita 
Pelan eksklusif untuk wanita pada peringkat kehidupan yang berbeza yang menawarkan perlindungan penyakit khusus untuk wanita, kesejahteraan, pelaburan dan pada masa yang sama memberi peluang untuk melakukan kebajikan.

2. Mampu Milik
Pilih perlindungan yang paling sesuai mengikut keperluan dan bajet perlindungan anda, dari serendah RM50* sebulan.

3. Ciri "Bounce-Back" untuk Jumlah Perlindungan
Amaun perlindungan akan dikembalikan semula kepada Jumlah Perlindungan Asas yang asal bagi pelan anda setelah 6 bulan dari diagnosis Karsinoma-In-Situ Wanita, jika tiada keadaan buruk yang
berlaku dalam tempoh tersebut.

4. Ganjaran dan Bantuan Tunai
Layak mendapat ganjaran dan bantuan tunai di bawah Manfaat Peringkat Hidup untuk peristiwa kehidupan yang penting, sehingga 9% daripada Jumlah Perlindungan Asas.

5. Melangkaui dan Melebihi Perlindungan 
Perlindungan wanita komprehensif yang merangkumi pelbagai penyakit dan keadaan khusus wanita termasuk sokongan untuk penyakit mental dan rawatan kesuburan.

6. Fleksibel
Tentukan apa yang anda mahukan – memilih amaun perlindungan pilihan anda, tempoh perlindungan dan lampirkan manfaat pilihan rider tambahan yang bersesuaian dengan keperluan anda untuk perlindungan yang komprehensif.

7. Melangkaui Semangat Takaful
Melanjutkan bantuan kepada masyarakat dengan membantu golongan keluarga miskin tegar dan miskin yang layak dilindungi dengan perlindungan takaful keluarga asas melalui Rider Ihsan.


PRUBSN ANGGUN menawarkan perlindungan lengkap dan menyeluruh untuk penyakit khusus wanita seperti 
  • Kanser Wanita
  • Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) Dengan Komplikasi Buah Pinggang yang Teruk dan Karsinoma-In-Situ Wanita
  • Rawatan wanita
  • Kesihatan mental 
  • Perlindungan untuk kematian 
  • Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

Selain itu, PruBSN Anggun akan menawarkan Manfaat Peringkat Hidup untuk peristiwa kehidupan yang penting.

1. Manfaat Kematian dan Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Manfaat kematian atau TPD, 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas dan jumlah nilai
tunai akan dibayar.

2. Perlindungan Menyeluruh Penyakit Wanita
Menawarkan perlindungan Kanser Wanita, Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) Dengan
Komplikasi Buah Pinggang yang Teruk dan Karsinoma-In-Situ Wanita untuk menyokong
perjalanan pemulihan anda.


3. Manfaat Penjagaan Mental
Jaga diri dan uruskan kesihatan mental anda dengan Manfaat Penjagaan Mental yang memberikan pembayaran balik sehingga 10% daripada Jumlah Perlindungan Asas atau RM5,000, yang mana lebih rendah, atas kos rawatan psikiatri pesakit luar untuk memberikan sokongan penjagaan mental apabila anda memerlukannya.

4. Manfaat Peringkat Hidup pada Peristiwa Kehidupan yang Berbeza
Menawarkan ganjaran dan bantuan tunai semasa peristiwa kehidupan penting berlaku, sehingga 9% daripada Jumlah Perlindungan Asas.

5. Bayaran Tempoh Matang
Apabila tempoh matang, anda akan menerima jumlah nilai tunai sijil anda.


MOM CARE

Sekiranya anda berfikir untuk memulakan keluarga dalam masa terdekat dan/atau menjadi ibu, Mom Care adalah manfaat tambahan/rider pilihan yang anda tidak boleh ketinggalan. Mom Care direka khas untuk melindungi semua ibu terhadap komplikasi kehamilan dan anak mereka daripada penyakit konginetal. Ia dilengkapi dengan Manfaat Penjagaan Kesuburan yang memberikan bantuan untuk merealisasikan cita-cita untuk menjadi seorang ibu.



JADUAL MANFAAT






Nota : Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my




Total Pageviews

Ads Inside Post