Medical Card / Kad Perubatan


Medical Card PruBSN Takaful atau Health Enrich adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.

  • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 70/80/100 tahun yang tinggi
  • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
  • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 60 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS). Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari (Day Surgery)
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan Dialisis buah pinggang
  • Rawatan Kanser
  • Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
  • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
  • Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
  • Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...boleh terus claim ikut had seumur hidup. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad. 
Sementara itu, untuk manfaat Health Enrich (HE) Vital, Select dan Advance, terdapat pilihan untuk KO-TAKAFUL (sumbangan premium bulanan lebih RENDAH berbanding perlindungan penuh).
  • NCB atau No Claim Bonus adalah merupakan salah satu keistimewaan plan Medical Card Health Enrich Advance (untuk pelan HE Advance ko-takaful sahaja).
  • NCB akan diberikan kepada client-client yang tidak membuat tuntutan/claim daripada manfaat medical card (Health Enrich Advance) pada tahun semasa.
  • Plan yang amat unik dan istimewa. Medical card Takaful pertama yang menawarkan NCB di Malaysia. Dapatkan maklumat mengenainya sekarang.
  • Secara ringkasnya, anda sakit PruBSN bayarkan bil, anda sihat PruBSN hadiahkan bonus untuk anda!
  1. Perlindungan bermula serta merta selepas polisi lulus (approved) bagi kemasukan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas polisi lulus.
  1. Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness) akan bermula 120 hari selepas polisi lulus. Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut :




Antara kelebihan Health Enrich adalah seperti berikut :

Dan banyak lagii.....hubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my sekarang...









Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat Health Enrich (HE)




Bagi manfaat Health Enrich (HE) untuk HE Vital, HE Select, HE Advance ini mempunyai dua pilihan sama ada untuk FULL COVERAGE (100% COVERAGE untuk bil perubatan anda) atau KOTAKAFUL.



Untuk manfaat Health Enrich (HE) seperti berikut -HE Select, Advance dan Premier, terdapat PERLINDUNGAN PENUH (FULL COVERAGE) ke atas kos perubatan yang dikenakan semasa dimasukkan ke hospital. Maksudnya, jika kos perubatan anda ialah RM30,000 maka Prudential BSN Takaful akan membayar keseluruhan kos iaitu RM30,000 (provided that tidak ada item-item yang tidak dilindungi seperti GST dsb).



Kotakaful adalah bergantung kepada syarat dan terma ko-takaful iaitu :
  
1- Kemasukan ke hospital
Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 400 dan maksimum RM 2,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.
  
Contoh ko-takaful untuk kemasukan ke hospital: 
(400 <= ko-takaful <=2000)
Contoh 1 : 
Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. 
Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 400, klien perlu bayar RM 400 kepada hospital, manakala PruBSN bayar selebihnya iaitu RM 1,600
Contoh 2 :
  
Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.
Contoh 3 :
Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. 
Klien hanya perlu membayar RM2,000 disebabkan had maksimum adalah RM2,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 28,000.
  
Untuk maklumat lanjut atau penerangan yang lebih jelas, anda boleh hubungi saya, Lin Che Mat, di 0136448832 atau emel: noorhazlin@prupartner.com.my.

2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. 


Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja dengan had maksimum RM2,000. Tidak tertakluk kepada had minimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.


Penerangan mengenai NCB untuk HE Advance :



Hubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau noorhazlin@prupartner.com.my  untuk mendapat maklumat lanjut.






Apakah Pengecualiannya?
Pengecualian yang biasa ialah:
1. Kecederaan diri yang disengajakan.
2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
11. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
12. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
13. Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.
Nota Penting :

    • Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular
    • Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.
    • Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
    • Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele
    • Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
    • Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut.
Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.
Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perlajanan.
Sertai sekarang atau untuk maklumat lanjut hubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau noorhazlin@prupartner.com.my.



Jika anda ingin download brochure Health Enrich, ia boleh didapati di laman web rasmi Prudential BSN Takaful atau boleh download melalui linknya di sini:
Health Enrich

HEALTHPROTECTOR




HealthProtector ialah rider perubatan yang membayar balik perbelanjaan perubatan yang dikenakan sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan menerima pesakit luar. HealthProtector menawarkan anda : 

SmartSaver atau High Deductible option
SmartSaver atau High Deductible option memberikan anda fleksibiliti untuk mempunyai pelan perubatan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan anda.

Smart Value Point : RM 1 miliion, RM 1.5 million atau RM 2 million
HealthProtector adalah pelan perubatan takaful tanpa had tahunan dan seumur hidup untuk memberi anda perlindungan berterusan. Sekiranya jumlah tuntutan layak terkumpul yang dibayar melebihi titik nilai pintar awal, ditambah dengan Bonus titik nilai pintar terkumpul, kami masih akan membayar 80% daripada lebihan kos faedah yang layak.

Smart Value Point Bonus 
Ganjaran anda untuk kekal sihat dengan meningkatkan Smart Value Point anda.

100% Non-Cancellable 
HealthProtector tidak boleh dibatalkan dan dijamin boleh diperbaharui oleh PruBSN

Untuk mengetahui lebih maklumat tentang HelathProtector klik di sini


MEDIC TOTALCARE

Menyediakan pelbagai liputan hospitalisasi dan rawatan perubatan untuk menjaga keperluan penjagaan kesihatan anda, termasuk liputan kanser yang luas, rawatan perubatan lanjutan dan penjagaan kesihatan mental, serta pelbagai faedah rawatan pesakit luar dan faedah tambah nilai unik yang lain.


CIRI-CIRI PELINDUNGAN

Rider perubatan ini menawarkan bantuan dari segi kewangan apabila berlaku kemasukan ke hospital dan pembedahan atau rawatan pesakit luar yang terpilih, dengan manfaat-manfaat ekstra seperti Perlindungan Kanser Menyeluruh, Rawatan Perubatan Teknologi Maju, Penjagaan Kesihatan Mental dan banyak lagi.

Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih pelan bilik dan penginapan, serta pilih sumbangan bersama yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan anda.

Anda juga boleh meningkatkan perlindungan perubatan anda dengan melampirkan Medic BoostCare dan nikmati Ganjaran Kesihatan Tanpa Tuntutan sekiranya anda kekal sihat.


MEDIC BOOSTCARE

Hanya tersedia untuk Medic TotalCare dengan sumbangan rata, Medic BoostCare menawarkan had tahunan tambahan sebnayak RM1,000,000 untuk menangani inflasi perubatan serta perlindungan lanjutan termasuk :

1. Gandakan had seumur hidup untuk Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar, Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Had Tambahan Rawatan Perubatan Teknologi Maju.
2.  Tiada bilangan hari untuk Bilik dan Penginapan Hospital Harian dan Unitt Rawatan Rapi / Unit Penjagaan Jantung
3. Ganjaran Kesihatan Tanpa Tuntutan sebanyak RM500 

dan banyak lagi !!!

UMUR DAN KELAYAKAN

1 hingga 70 tahun


UMUR TAMAT TEMPOH

sehingga 100 tahun


klik di sini untuk maklumat lebih lanjut.



Total Pageviews

Ads Inside Post