MANFAAT TAKAFUL PUTERI
Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink). Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.
Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus. Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu :
- RM50,000; atau
- RM100,000; atau
- RM150,000.
Pelan Takaful Puteri menawarkan:
- Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita
Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:
- Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
- Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)
MANFAAT PENJAGAAN WANITA
A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
- Kanser payudara; atau
- Kanser Uterus Serviks; atau
- Kanser Tiub Falapio; atau
- Kanser Ovari; atau
- Kanser Uterus; atau
- Kanser Vagina/Vulva; atau
Nota: 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.
B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
- Artritis Reumatiod dengan Komplikasi; atau
- Pembedahan Rekonstruksi Payudara; atau
- Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan; atau
- Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit; atau
- Keretakan Osteoporosis.
MANFAAT PENJAGAAN IBU
A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar.
- Komplikasi KehamilanPenyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
- Kehamilan Ektopik atau
- Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
- Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
- Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)
- Penyakit-penyakit Kongential Bayi
- Sindrom Down atau
- Kecacatan Vetrikel Septum atau
- Kecacatan Atrium Septum atau
- Spina Bifida atau
- Lelangit Rekah
Nota : Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan
Sila hubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my untuk penerangan lanjut.